Salam Maria
Salam Maria

Salam Maria

Salam Maria, atau dalam bahasa Latin Ave Maria, ialah doa tradisional Katolik kepada Maria, bunda Yesus untuk memohonkan perantaraannya. Doa ini digunakan di kalangan Gereja Katolik Rom dan merupakan dasar dari doa rosario. Selain itu, Salam Maria juga digunakan oleh Gereja Ortodoks Timur dan Ortodoks Oriental, serta pelbagai kumpulan lainnya dalam tradisi Katolik, termasuk Anglikan, Katolik Bebas dan Katolik Lama. Sebahagian denominasi Protestan juga menggunakan doa ini. Kebanyakan dari teks Salam Maria dapat ditemukan dalam Injil Lukas.